Permohonan Pinjaman PTPTN
Sila baca syarat dan peringatan di bawah sebelum mengisi borang

 

Syarat-syarat am:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon.
  3. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran.
  4. Bagi pelajar-pelajar IPTA, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPT (IPTA), Kementerian Pengajian Tinggi.
  5. Bagi pelajar-pelajar Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar kursus yang diluluskan oleh Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi.
  6. Bagi pelajar-pelajar IPTS, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPT (IPTS), Kementerian Pengajian Tinggi dan telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Lembaga Akreditasi Negara (LAN). Kelulusan kursus dan Sijil Perakuan Akreditasi hendaklah belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan. IPTS yang belum mendapatkan Sijil Perakuan Akreditasi bagi kursus-kursus yang dijalankan masih dibenarkan mengemukakan permohonan pinjaman untuk pelajar-pelajar mereka sebelum 1 Julai 2006.
  7. Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara (4), (5) dan (6) di atas.
  8. Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu tahun.
  9. Tidak mempunyai penaja atau penganjur lain.

Peringatan:

    1. Sila pastikan pemohon memenuhi syarat-syarat permohonan pinjaman yang telah ditetapkan.
    2. Permohonan hanya terbuka kepada mereka yang telah mendapat tawaran kemasukan ke UiTM untuk mengikuti  pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa sahaja.
    3. Pemohon yang telah mendapat pinjaman PTPTN untuk pengajian terdahulu tetapi gagal menamatkan pengajian atau mendapat penaja lain boleh memohon pinjaman kali kedua untuk meneruskan pengajian mereka setelah kesemua hutang pinjaman terdahulu diselesaikan.
    4. Sila isikan maklumat permohonan dengan teliti. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Sebarang pembetulan hendaklah dibuat dalam tempoh permohonan dibuka.
    5. Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada peruntukan semasa.